sambal telur berlado

Sambal telur berlado adalah salah satu hidangan paling mudah untuk dinikmati bersama nasi panas. Lauk ini bukan sahaja sedap tetapi juga menu jimat tengah bulan sambil tunggu gaji.

Selain mudah disediakan, sambal telur berlado juga cepat dimasak dan tidak memerlukan banyak bahan. Hanya perlukan bahan seperti cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sup Telur Ringkas Untuk Makan Tengah Hari, Memang Layan Dijamah Dengan Nasi Panas

RESEPI SAMBAL TELUR BERLADO

sambal telur berlado

Bahan-bahan: 

  • Beberapa biji telur (direbus dan dikupas kulit)
  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Rebus telur hingga masak, kemudian kupas kulit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur rebus sehingga permukaannya sedikit keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato sehingga halus.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan garam, gula, serbuk perasa (jika suka) dan kacau rata. Tambah sedikit air jika sambal terlalu pekat.
  6. Masukkan telur rebus, gaul perlahan supaya telur disaluti sambal dengan rata.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Sumber gambar: Roha Arinna

Baca juga: Tip Telur Itik Cantik Tak Pecah Dalam Gulai Lemak, Hasilnya Cantik & Kuah Pun Pekat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN