nama sayur sayuran

Ramai antara kita suka goreng sayur kerana mudah dan cepat dimasak. Tapi tahukah anda nama sayur sayuran yang tak sesuai dimasak cara ini?

Ada sayur yang bila digoreng, khasiatnya mudah hilang. Bukan itu saja, rasanya juga akan jadi pahit atau menyerap minyak berlebihan hingga tak lagi sihat untuk dimakan.

Untuk jaga kesihatan dan mengekalkan zat sayur, penting untuk tahu jenis sayur yang lebih baik direbus, dikukus atau ditumis ringkas.

Jom semak 10 sayur yang tidak sesuai digoreng dan ketahui sebabnya!

Baca juga: 3 Barang Dapur Yang Boleh Jadi Pewangi Peti Sejuk, Hilang Semua Bau Busuk!

10 NAMA SAYUR SAYURAN YANG TIDAK SESUAI DIGORENG

nama sayur sayuran

1. Bayam

Sayur bayam kaya zat besi, tetapi apabila digoreng, ia boleh menghasilkan oksalat bebas (bahan yang tak baik) yang berisiko membahayakan buah pinggang. Sayur ini lebih baik jika dicelur.

2. Kangkung

Daunnya lembut, mudah layu dan hancur kalau digoreng lama. Ia juga cepat menyerap minyak berlebihan.

3. Sawi

Apabila digoreng, rasanya boleh menjadi pahit. Lebih baik direbus atau dicelur untuk kekalkan rasa asalnya.

4. Terung

Terung sangat mudah menyerap minyak apabila digoreng. Bukan itu saja, menggoreng terung juga memyebabkan kandungan kalorinya meningkat dengan tinggi. Tidak sihat jika dimakan terlalu kerap.

5. Kobis

Jika kobis digoreng terlalu lama, ia keluarkan bau kuat dan rasa jadi pelik. Lebih sesuai dimasak cepat atau buat coleslaw.

6. Brokoli

Brokoli mempunyai tekstur yang rapuh dan kandungan vitamin C mudah musnah jika digoreng. Kukus adalah pilihan yang lebih baik.

7. Kubis Bunga (Cauliflower)

Sama seperti brokoli, sayuran ini kaya nutrien tetapi sensitif terhadap suhu tinggi yang boleh merosakkan kualiti zatnya.

8. Bendi

Apabila digoreng, bendi boleh menjadi berlendir dan kurang sedap. Ia lebih sesuai direbus atau dimasak dalam kari.

9. Pucuk Paku

Sayur ini mempunyai daun yang halus dan cepat layu bila digoreng. Lebih sesuai jika tumis ringan atau rebus untuk mengekalkan tekstur dan rasa.

10. Cendawan Tiram

Cendawan tiram cepat menyerap minyak dan mudah mengecut ketika digoreng. Oleh itu, lebih sedap jika dimasak dalam sup atau dikukus.

Goreng memang senang, tapi untuk sesetengah sayur, lebih baik guna cara masak lain supaya rasa sedap dan zat pun tak hilang. Selepas ini, bolehlah pilih cara masak yang lebih sihat!

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan

Baca juga: Cara Pilih Buah Ciku Yang Betul-Betul Manis, Baru Tak Kelat & Berbiji Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN