
Musim batuk membuatkan ramai rasa tak selesa dengan gatal tekak, sampai susah nak tidur. Jangan risau, kami ada petua menghilangkan batuk untuk anda cuba amalkan.
Petua menghilangkan batuk yang sangat mudah dan semula jadi, hanya guna bahan sedia ada di dapur iaitu bawang putih dan nasi. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini
PETUA MENGHILANGKAN BATUK, MASUKKAN BAWANG PUTIH DALAM NASI

Bahan-bahan:
- Beberapa ulas bawang putih
- Nasi putih yang sedang dimasak
Cara-cara buat:
- Mula-mula, masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi hampir kering (air hampir habis), masukkan 2 hingga 3 ulas bawang putih yang telah dibasuh bersih bersama kulitnya ke dalam nasi.
- Tutup periuk nasi dan biarkan bawang putih masak bersama nasi sampai lembut.
Cara-cara pengambilan:
- Untuk orang dewasa: 2 hingga 3 ulas sehari
- Untuk kanak-kanak: cukup 1 ulas saja, boleh gaul terus dengan nasi

Tujuan tak dibuang kulitnya adalah supaya bawang putih tak terlalu lembik atau hancur ketika dimasak. Apabila dimasak sekali dengan nasi, rasanya jadi lembut, beraroma dan tak terlalu kuat seperti bawang mentah.
Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semula jadi yang mengandungi sebatian aktif seperti allicin yang bantu melawan bakteria, virus dan kulat.
Tapi ingat, jangan makan terlalu banyak kerana bawang putih boleh buat badan terasa panas jika diambil berlebihan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik
Sumber: Pertanian Satu Perniagaan
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














