sup telur simple

Kalau anda sedang mencari menu cepat dan mudah, sup telur simple memang sesuai untuk dicuba. Hanya menggunakan bahan asas, tetapi rasanya wangi, lembut, dan cukup menyelerakan.

Sup telur ini bukan sahaja mudah disediakan, malah boleh tambah bahan lain yang disukai seperti suhun, daun bawang, atau cili untuk menambah aroma dan rasa.

Selain itu, sup ini juga sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Hirup kuah sampai licin!

Baca juga: Tip Telur Itik Cantik Tak Pecah Dalam Gulai Lemak, Hasilnya Cantik & Kuah Pun Pekat!

RESEPI SUP TELUR SIMPLE

sup telur simple

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2-3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili besar (dihiris)
  • 3-4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 2-3 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 genggam suhun (direndam 10 minit sebelum digunakan)
  • Daun bawang (dihiris untuk taburan)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan kiub pati ayam, biarkan mendidih.
  3. Bila sudah mendidih, pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam periuk. Biarkan masak perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan sesuaikan rasa mengikut selera.
  5. Setelah telur masak, masukkan suhun yang telah direndam dan kacau rata.
  6. Tambahkan daun bawang, kemudian tutup api.
  7. Sup telur siap untuk dihidangkan.

Sumber: Zuraini Mat Arshad

Baca juga: Resipi Sosej Telur Sambal, Guna Bahan Ringkas Pun Boleh Jadi Lauk Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN