Udang Masala

Kategori: Asian, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Masala?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang 
  • 6 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 sudu makan jintan putih 
  • 1 sudu makan jintan manis 
  • 1 sudu makan lada putih 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
    (Semua bawang merah, bawang putih, halia, jintan putih, jintan manis, lada putih & serbuk kunyit dikisar bersama)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu kasar) 
  • ½ cawan yogurt asli 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan udang kemudian tuskan. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan 
    yang dikisar dan daun kari sehingga wangi. 
  3. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata. (Tambah 
    air sekiranya perlu) 
  4. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan 
    tutup api. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment