Jika kita rasa diri kita susah, sebenarnya masih ada lagi yang lebih susah daripada kita. Apabila kita berdepan dengan masalah, jangan pernah menyerah dan berdepanlah dengan masalah yang dihadapi.

Terbaharu, tular sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh @danish.firds menunjukkan dia dihampiri oleh seorang individu yang berdepan dengan masalah ketika sedang menerbangkan pesawat dron di Ampang, Kuala Lumpur.

@danish.firds

I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Menerusi video tersebut, individu itu merupakan seorang peniaga cendol mendakwa dirinya rugi RM3,000 apabila rakan kenalannya yang dikatakan mahu membantunya untuk membuka sebuah kedai cendol di Terengganu tergamak menipunya.

Pada awalnya, individu terbabit hanya bertanyakan bagaimana boleh mencari imam yang berdekatan kepada Danish dan atas dasar ingin tahu maka dia meminta penjelasan kepada lelaki tersebut berkaitan masalah yang dihadapinya.

Malah, individu itu turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebih menyedihkan apabila keluarganya tidak mahu menerima dirinya disebabkan dia beragama Islam. Kasihan dengan nasib individu itu, Danish menghulurkan wang berjumlah RM50 dan memberitahu masjid yang berhampiran supaya lelaki boleh berjumpa dengan imam.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan nasib malang yang menimpa lelaki itu serta berharap kenalannya yang menipu duitnya ditangkap.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mahu membantu lelaki terbabit dan jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu bolehlah berkongsi kepada umum.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN