ikan bakar guna kuali

Mudah saja cara masak ikan bakar guna kuali. Aromanya juga sama seperti ikan bakar yang dimasak atas bara api.

Resipi perkongsian oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini diberi nama Ikan Bakar Rica Manado.

Sebelum dibakar di dalam kuali, ikan dilapik dengan daun supaya supaya ikan tidak melekat pada kuali.

Bukan itu saja, daun pisang yang digunakan juga akan menghasilkan bau yang membangkitkan selera. Jom cuba!

Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini

RESEPI IKAN BAKAR GUNA KUALI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Belah isi ikan di bahagian kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang seperti dalam gambar di bawah.

2. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya disapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.

3. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar.

4. Tumis bahan yang dikisar tadi. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tiada beza dari ikan bakar sambal.

5. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu (perencah) ini.

6. Lumurkan bumbu pada bahagian dalam ikan mentah terlebih dahulu.. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali.

ikan bakar guna kuali

7. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Guna kuali non-stick.

8. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.

ikan bakar guna kuali

9. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.

10. Inilah hasilnya. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam.

11. Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!

ikan bakar guna kuali

Kredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN