SUP IKAN SENANGIN

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Ikan senangin @ ikan isi putih, memang sesuai untuk dibuat sup atau kukus.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan senangin
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sepotong halia
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam/Gula /Perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Fish ball/tauhu ( optional)
  • Daun bawang/daun sup/ karot

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ikan senangin dibersihkan dengan asam jawa.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau.
  4. Masukkan air dan ikan. Tunggu hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Kemudian, bolehlah masukkan karot, tauhu, fish ball.
  7. Akhir sekali, masukkan daun bawang/daun sup dan tutup api.

Leave a comment