sos spaghetti bolognese

Teringin nak makan spaghetti bolognese tapi tak mahu guna sos segera dalam tin? Apa kata jom buat sendiri je sos spaghetti bolognese.

Yang penting rasa lebih fresh sebab menggunakan tomato segar. Rasanya juga sedap setanding dengan sos dalam tin. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.

Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu

Cara Buat Sos Spaghetti Bolognese Homemade

Bahan-bahan:

  • Lima biji tomato segar
  • Garam
  • Gula
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Isi ayam
  • Herba oregano
  • Spaghetti (rebus sehingga lembut)

Cara-cara:

1. Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

2. Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.

6. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.

sos spaghetti bolognese

7. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

sos spaghetti bolognese

8. Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yang telah direbus. Kacau sebati.

9. Siap, selamat mencuba!

sos spaghetti bolognese

Kredit: Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN