Sambal Sotong

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Sotong?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong 
  • 20 tangkai cili kering (Dikisar)
  • 8 biji bawang merah (Dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (Dikisar)
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 3 sudu makan sos tomato 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 1 tangkai daun kari 
  • 1 sudu teh gula 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak. 
  2. Masukkan air asam jawa dan sos tomato. Kemudian kacau rata. 
  3. Masukkan gula dan garam, kemudian masakkan sehingga pecah minyak dan pekat. 
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan daun kari. Kacau rata. 
  5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutupkan api. 
  6. Hidangkan bersama nasi putih ataupun nasi lemak.

Leave a comment