cara siat jaket ikan

Ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ ikan cencaru yang ramai tak tahu dengan hanya menggunakan tuala, tisu atau kertas.

Kalau ikut cara ini, isi ikan takkan tercarik. Jari pun tak terluka, maklumlah kulit ikan ni keras dan tajam.

Jom cuba teknik yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail. Dirfahamkan cara ini diperolehi daripada tauke ikan sendiri.

Baca juga: Petua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar, Minyak Pun Tak Kotor!

Cara Siat Jaket Ikan Cencaru

Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.

Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak2 tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti. (Cencaru antara menu wajib kat asrama masing2)

Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.

Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket tenggiri. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.

1. Buang sirip tepi ikan.

2. Cungkil kulit tepi sirip.

3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.

4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.

5. Rentap atau tarik kulit sampai ke dalam bahagian ekornya.

cara siat jaket ikan

6. Hasilnya.

cara siat jaket ikan

Semoga bermanfaat!

Kredit: Mazlina Hajl Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN