kuih cek mek molek

Kuih cek mek molek merupakan kuih tradisional dari pantai timur yang disukai ramai. Bukan saja orang dewasa, kanak-kanak turut menggemarinya. Ia mungkin disebabkan oleh rasa manis gula yang diletakkan di dalam kuih ini.

Bahan-bahan yang digunakan kuih ini juga sebenarnya cukup mudah, hanya memerlukan ubi keledek dan tepung gandum. Namun begitu, sukar untuk mengekalkan rasa dan bentuk kuih jika dibuat dalam kuantiti yang banyak.

Oleh itu, saudari Hasni Azura ada penyelesaiannya. Ada beberapa bahan yang perlu digunakan selain ubi dan tepung. Untuk mengetahui resipi tersebut, mari ikuti resipi lengkap oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Yang Meleleh-Leleh, Kukus Sekejap Je Dah Siap!

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan A:

Cara-caranya:

1. Rebus ubi keledak sehingga masak dan empuk. Angkat dan sejukkan seketika

2. Kupas kulit dan lenyek sehingga halus bersama 1 sudu marjerin.

3. Satukan tepung gandum dan baking powder. Kemudian campurkan bersama ubi keledek.

4. Uli semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian, bulat-bulatkan anggaran dalam 30-40 gram sebiji.

5.  Bulatkan adunan seperti bebola dan leperkan. Sudukan gula pasir ke atas adunan, tutup dengan rapi supaya gula tidak terkeluar ketika menggoreng dan menjadi pecah.

6. Goreng dalam minyak masak yang panas. Pastikan api tidak terlalu kecil nanti kuih hancur.

kuih cek mek molek

7. Angkat kuih dan toskan. Selamat mencuba!

kuih cek mek molek

Kredit resipi dan gambar: Hasni Azura

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN