Roti Telur Hancur

Kategori: Nusantara, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Roti Telur Hancur?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping roti sosej 
  • 3 biji telur (Dipukul sedikit) 
  • 1 labu bawang besar  (Dicencang) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 10 kacang buncis (Dihiris)
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, cili merah, dan cili hijau. 
  2. Apabila sudah kelihatan layu, masukkan kacang buncis. Kacau rata dan biarkan sehingga masak. 
  3. Masukkan telur dan garam. Kemudian, biarkan sebentar. 
  4. Kacau telur supaya hancur. 
  5. Angkat dan sedia dihidangkan dengan roti sosej.

Leave a comment