PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-06-03 09:44:20

 

Kita mesti dah terbiasa dengan cara yang mak ajar di dapur kan? Mak mesti ada je cara dia untuk menyenangkan kerja dan yang penting mesti cara yang jimat poket punya! Orang tua kan, mesti ada macam-macam tips. jadi, kami akan kongsikan kepada korang beberapa tips yang perlu korang tahu supaya kerja korang di dapur jadi lebih senang lepas ni!

 

#1 BERSIHKAN KESAN HANGUS PADA PERIUK BELANGA

Senang je, korang hanya perlu campurkan sedikit serbuk penaik bersama air. Biarkan selama beberapa jam kemudian cuci seperti biasa. Confirm hilang kesan hangus tu. Mesti cantik balik periuk belanga korang tu!

 

#2 BUANG HITAM PADA MINYAK GORENG

Minyak masak ni kita boleh recycle lepas guna, takdelah membazir kan?Minyak masak yang kita guna untuk goreng tu kalau dah hitam, boleh je kita hilangkan hitam dia. Korang hanya perlu mmasukkan asam gelugor ke dalam minyak tu sekali dengan bahan gorengan. Asam tu akan serap warna hitam dari minyak tu tadi. Minyak masak korang tu boleh guna semula, takdelah bazir kan?

 

#3 MINYAK TAK MELETUP

Siapa je tak takut kalau minyak panas terpercik kan? Mesti bila nak goreng apa-apa, korang akan cepat-cepat jauhkan diri dari kuali. Kalau taknak minyak terpercik, korang hanya perlu pastikan bahan tu kering dan panaskan minyak dengan suhu yang rendah dahulu. Selepas itu, barulah korang perlahan-lahan kuatkan suhu, barulah minyak tu tak meletup dan terpercik. Nak raya ni, tak cantik kalau berparut!

#4 TANGAN BERBAU

Mesti tak best nak keluar mana-mana kalau tangan kita bau bawang kan? Cara nak hilangkan bau tu senang je. Hanya gosok tangan korang tu pada sinki ataupun benda besi yang tahan karat. Syarat dia kena yang tahan karat tau, barulah boleh hilang bau.

 

#5 GULA TIDAK BERSEMUT

Cara nak halau semut ni senang je. Korang  letak bunga cengkih ataupun kulit kayu manis dalam bekas gula dan percayalah semut takkan datang. Bukan tu je, korang boleh juga sapu sedikit minyak masak pada permukaan bekas gula. Semut tak akan berani nak dekat dengan bekas gula korang tu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN