Roti John Jr

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 5 Orang

Menu Moreh Surau Ar Raihan yang pastinya memikat selera. Mudah disediakan dan sedap dimakan ketika berbuka dan moreh.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Penyediaan inti ayam Roti John Jr ZLC: 2 bahagian dada ayam - kisar halus
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 sb rempah kari (bancun dengan sedikit air hingga jadi paste)
  • 3 sb cili kering kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan pelengkap ikut citarasa
  • Roti Oblong
  • Telur
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Sos lada hitam/sos bbq pedas
  • Parutan keju
  • Hirisan :- Kobis, Cili merah, Tomato, Timun, Karot, Bawang, Daun sup dan bawang (ikut citarasa - boleh diperbagaikan)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Penyediaan inti ayam : Satukan semua bahan dan tumis hingga ayam masak. Saya tak guna air. Air dari ayam dan cili kisar tu dah cukup.
  2. Cara penyediaan roti john jr Belah 2 roti. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti ayam, hirisan cili, daun sup dan bawang jika suka dan kocok sebati. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan telur dan ratakan saiz roti yg telah dibelah 2. Tangkupkan roti ke atas telur. Biarkan seketika hingga telur masak. Setelah masak, angkat roti dan letak atas pinggan.
  4. Letakkan hirisan sayuran pilihan. Paipkan sos dan taburkan cheese. Kapitkan roti, potong dan sedia dimakan.

Leave a comment