resepi kuah rojak

Siapa yang setiap kali makan buah wajib cicah kuah rojak? Rupanya mudah saja resepi kuah rojak kalau ada yang nak cuba buat di rumah.

Kalau buat sendiri lebih puas hati, boleh ubai suai rasa kuah rojak tersebut mengikut cita rasa masing-masing. Yang paling penting, boleh letak kacang tanah dalam kuantiti yang banyak. Memang puas hati!

Baca juga: Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!

RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE

resepi kuah rojak

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili kering
  • Belacan sebesar ibu kaki 2 ketul
  • 1 cawan gula merah
  • 3 cawan gula pasir
  • ½ cawan kicap
  • 5 sb sos cili
  • 4 ½
  • 2 sb garam
  • 2 sb bijan
  • Segenggam kacang tanah – digoreng tanpa minyak dan kisar kasar

Cara memasak:

  1. Potong cili kering dan buang bijinya. Basuh bersih dan rendam di dalam air panas selama 5 minit. Kemudian toskan.
  2. Di dalam pengisar, satukan cili kering, belacan dan secawan air. Kisar semuanya sehingga halus.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam kuali.
  4. Bancuh gula merah dan secawan air. Tapiskan ke dalam kuali.
  5. Masukkan juga gula pasir, kicap dan sos cili. Kacau rata.
  6. Masak sehingga semua bahan-bahan tadi mendidih. Kacau kuah secara berkala untuk elakkan banjir dan melimpah.
  7. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati.
  8. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
  9. Kemudian baru masukkan bijan dan kacang tanah.
  10. Lebihan kacang tanah taburkan atas kuah rojak bila nak makan.
  11. Masak lagi sampai pekat dan hitam.

Kredit: Roslina Omar

Baca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN