menu makan malam

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti anda sudah sedaya upaya mengelak dari memakan nasi untuk makan malam kan? Kadang-kadang sampai buntu memikirkan menu makan malam selain nasi.

Jangan risau, jom MyResipi kongsikan beberapa menu yang anda boleh cuba nanti. Semuanya sedap-sedap belaka dan semestinya berkhasiat!

Baca juga: Resipi Perapan Ayam Diet ‘Frozen’, Bila Nak Masak Tinggal Bakar Je!

4 RESIPI MENU MAKAN MALAM TANPA NASI

1. PECAL SAYUR

menu makan malam

Bahan-bahan:

  • Tempe dan tauhu
  • Kacang panjang
  • Kangkung
  • Tauge
  • Sengkuang
  • Timun
  • Kuah pecah instant

Cara-cara:

  1. Potong tauhu dan tempe. Goreng di dalam air fryer.
  2. Sementara itu, boleh celurkan kangkung, tauge dan kacang panjang.
  3. Potong nipis timun dan sengkuang.
  4. Susun semua bahan dalam pinggan.
  5. Bancuh kuah pecah instant dan tuang ke atas sayuran tadi.

2. WRAP TELUR CHEESE

Bahan-bahan:

  • Sekeping wholemeal wrap
  • 2 biji telur
  • Mushroom seasoning
  • Chili flakes
  • 2 keping cheddar cheese

Cara-cara:

  1. Pukul telur bersama sedikit sahaja mushroom seasoning dan chili flakes. Ketepikan.
  2. Panaskan pan, tuang adunan telur tadi. Kemudian terus tampah wrap ke atas telur.
  3. Tunggu bahagian bawah telur mengeras, kemudian terbalikkan.
  4. Susun cheese atas telur dan tunggu wrap sehingga sedikit garing.
  5. Lipat dan siap untuk dihidangkan.

3. OMELETTE THAI

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Cili merah hiris
  • Separuh sudu tepung jagung
  • Kicap sotong
  • Serbuk perasa
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Daun Thai basil
  • Udang yang sudah dikopek
  • Tauge

Cara-cara:

  1. Kocokkan telur bersama semua bahan kecuali udang dan tauge.
  2. Panaskan minyak, masukkan adunan telur. Susun udang atas telur tado.
  3. Tunggu lapisan bawang telur garing, kemudian baru terbalikkan.
  4. Bila kedua-dua bahagian sudah masak, boleh angkat dan tapis minyak.
  5. Letak dalam pinggan dan taburkan tauge serta daun ketumbar.
  6. Siap dicicah bersama sos Thai atau prik nampla.

4. CROISSANT TUNA

menu makan malam

Bahan-bahan:

  • Crossaint
  • Butter
  • Tuna in water
  • Cili api
  • Sedikit mayonis
  • Bawang merah hiris nipis
  • Serbuk black pepper
  • Garam
  • Tomato
  • Lettuce

Cara-cara:

  1. Belah tengah croissant dan sapukan buter.
  2. Dalam satu mangkuk, masukkan tuna, bawang merah, black pepper, mayonis, cili api dan garam.
  3. Masukkan lettuce dan tomato ke dalam croissant.
  4. Letakkan inti tuna tadi, siap.

Kredit: NorbayaDahalan

Baca juga: Resipi ‘Nasi Goreng’ Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN