Onde-Onde

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Onde-Onde?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung pulut 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • 1 cawan air 
  • 5 helai daun pandan
  • ( Daun pandan dikisar bersama air dan ditapis) 
  • 2 ketul gula melaka  (Dipotong dadu kecil) 
  • 5 cawan air 
  • ½ biji kelapa parut muda  (Diambil putihnya) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel. 
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
  3. Masukkan gula melaka di tengahtengahnya dan tutup semula. Bentukkan seperti bebola. 
  4. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi. 
  5. Apabila timbul, boleh diangkat dan tuskan ke dalam tapisan. 
  6. Golekkan onde-onde dalam kelapa parut muda yang dicampur sedikit garam. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment