Nasi Goreng Pedas

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

diadaptasi dari pengalaman memerhatikan mak masak kat dapur. hehe! mesti cuba!!!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci belacan
  • 200 gram udang basah
  • 1 potong fish cake (dipotong dadu)
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1/4 sudu ajinomoto

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api serta belacan hingga lumat
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik wangi.
  3. Masukkan udang yang telah dibersihkan serta fishcake yang telah dipotong dadu.
  4. Kemudian, masukkan nasi putih dan gaul hingga sebati. Tambahkan gula, garam serta ajinomoto ke dalam masakan.
  5. Untuk lebih sedap dan kelihatan menarik, masukkan kacang pis serta jagung sebagai hiasan.

Leave a comment