Mi Lidi Goreng

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Lidi Goreng?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mi lidi 
  • 5 biji cili merah          
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih   
  • ( Cili merah, bawang merah dan bawang putih dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering  (Ditumbuk) 
  • 300 g isi ayam (Dihiris kecil) 
  • 150 g udang segar  (Dibuang kepala) 
  • 2 pokok sawi (Dipotong) 
  • 1 batang lobak merah (Diparut) 
  • 200 g kubis (Dihiris) 
  • 2 sudu makan kicap manis 
  • 2 cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Didihkan air dan masukkan mi lidi. Rebuskan sehingga lembut dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan udang kering sehingga wangi. 
  3. Masukkan ayam, udang, dan garam. Kacau rata. 
  4. Masukkan mi lidi, sawi, lobak merah, kubis, dan kicap manis. 
  5. Kacau rata dan hidangkan.

Leave a comment