warga asing

Tiada larangan warga asing nak membeli minyak masak bersubsidi, tetapi terhad kepada had pembelian yang sama, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan menegaskan bahawa tiada larangan khusus yang dikenakan kepada warga asing dalam membeli minyak masak bersubsidi. Walau bagaimanapun, mereka masih tertakluk kepada had pembelian yang sama seperti rakyat Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun pihaknya telah menerima cadangan mengenai larangan tersebut, melaksanakan sistem subsidi khusus untuk minyak paket akan melibatkan kos tambahan bagi kerajaan dan peruncit, termasuk kedai runcit kecil.

Baca juga: Ambil Tahu Jenis Telur Ayam Ikut Gred, Elak Kena Tipu Dengan Penjual

Pernyataan ini dikeluarkan selepas beliau melakukan lawatan kerja di Syarikat Perceptive Logistic Sdn Bhd di Pelabuhan Klang.

ISU VIDEO TULAR WARGA ASING BELI BARANGAN BERSUBSIDI

warga asing

Isu ini timbul selepas tersebarnya video yang memaparkan warga asing membeli barangan bersubsidi. Bagaimanapun, Armizan menjelaskan bahawa pihaknya sedang menjalankan audit sejak Oktober tahun lepas hingga Mac ini, khususnya di kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak, untuk mengesan sebarang ketirisan atau penyelewengan.

Dalam konteks lain, Armizan turut memberitahu bahawa kementerian sedang mengambil langkah untuk menangani kenaikan harga bawang India.

Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang memperluaskan import dari negara lain sebagai usaha untuk menstabilkan harga bahan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa kenaikan harga bawang India berlaku disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh India sehingga 31 Mac ini, yang diambil sebagai tindakan menjelang pilihan raya dan untuk memastikan bekalan domestik mencukupi.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa harga bawang India telah meningkat lebih daripada 30 peratus sejak bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

Baca juga: Jual Kopi Arang Panas, Boleh Kena Denda RM10K & Penjara 2 Tahun – KKM

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN