takoyaki

Takoyaki Versi Melayu Tanpa Acuan, Sekali Dengan Resipi Sos.

Sedapnya Takoyaki homemade ini! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni.

Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

Bagi anda yang gemar makan hidangan ini, Encik Wan Muhammad Hafiz Satar bermurah hati berkongsi resipi pencuci mulut ini yang boleh cuba di rumah.

Ini bukan sebarang resipi tau. Resipi ini sesuai digunakan buat anda yang tiada acuan takoyaki di rumah. Memang kreatif!


RESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU

takoyaki

Bahan adunan:

  • 1 cawan air panas didih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

Bahan sos:

Bahan tambahan:

  • Kubis
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Sosej
  • Sotong
  • Isi ketam

*Boleh guna apa sahaja bahan mengikut cita rasa masing-masing.

Cara penyediaan:

1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan air panas dan gaul sehingga sebati.

2. Masukkan pula bahan-bahan tambahan seperti kobis, daun sup dan cili.

3. Kemudian, masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.

4. Seterusnya, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.

5. Apabila sudah siap digoreng, letakkan sos takoyaki dan mayonis serta topping bonito flakes, rumpai laut dan daun sup.


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending