Kurma Kambing

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Kurma Kambing?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kg daging kambing 
  • 3 sudu makan rempah kurma 
  • 4 biji kentang (Dipotong 4) 
  • 3 cawan santan 
  • 2 biji cili hijau (Dihiris) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong) 
  • 1 sudu makan lada sulah 
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • 1 pokok daun sup (Dipotong kecil) 
  • 2 sudu makan minyak sapi 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 6 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. Perapkan daging dengan rempah kurma. 
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, kemudian tumiskan 
    bahan B sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging yang sudah diperap dan kentang. 
    Kemudian kacau rata. 
  4. Masukkan air dan masak sehingga daging dan kentang 
    lembut. 
  5. Masukkan santan, garam, cili hijau, tomato, lobak merah, lada 
    sulah, dan bawang besar. Biarkan sehingga pecah minyak. 
  6. Masukkan jus limau nipis dan biarkan sehingga pekat. 
  7. Angkat dan taburkan daun sup semasa menghidang.

Leave a comment