resipi portuguese toast

Pasti ramai yang suka pergi Harold’s Bread kan? Memang rambang mata dibuatnya, banyak pilihan roti serta pencuci mulut yang mengiurkan.

Antara top seller di kedai ini adalah Portuguese Toast. Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang. Ju Zue di laman sosial Facebook ada berkongsikan resipi Portuguese Toast Homemade. 

Mudah saja nak buat sendiri, anda juga boleh ubah suai kemanisan mengikut tekak masing-masing. Sangat sedap dan berkrim!

Resipi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia putih @ roti benggala 2 keping
  • Cheesedale 2 keping
  • Susu segar (sukatan agak-agak je. Beli kotak kecik pun dah cukup)
  • Gula perang 1 sudu besar (atau letak ikut manis kita suka)
  • 1 sudu butter

**Bahan-bahan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Cara-cara:

  1. Pertama sekali masukkan butter, susu, cheese dan gula. Kacau rata dan masak atas api yang kecil sehingga cair dan pekat (jangan terlalu pekat).
  2. Tutup api. Sapu atas roti tadi.
  3. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga bahagian atas menjadi sedikit warna brown. 
  4. Aggaran masa dalam 7 hingga 10 minit pada suhu 160℃ menggunakan api atas bawah.

Selamat mencuba!

Kredit: Ju Zue

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN