Ketam masak cili telur masin

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

resepi cipta reka sendiri.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ketam size sedang 5 ekor.
  • Cili boh 5 sudu besar
  • Bawang besar dua biji.
  • Bawang putih 5 biji.
  • Telur masin 3 biji yang fresh dan belum direbus
  • Serai 3 batang ketuk.
  • Halia 2 inci. Satu nak ketuk. Satu nak blend.
  • Bahan perasa macam sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula dan lain2.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. 1. Ketam dah ready asingkan dalam satu periuk. Kalau ade air2 ketam yang keluar biarkan. Jangan buang. Tak payah rebus dulu. Standby je atas dapur.
  2. 2. Amik blender. Masukkan 5 sudu besar lada boh, sebiji bawang besar, bawang putih, halia seinci, letak air sikit. Blend sampai lumat. Kalau nak pakai lada kering boleh jugak
  3. 3. Sebiji lagi bawang besar hiriskan untuk menumis.
  4. 4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sampai naik bau. Masukkan serai yang dah kene tumbuk dan tidak dilupakan halia yang dah kene tumbuk. Tumis2 lebih kurang sampai naik bau orang cakap, then masukkan bahan2 yang dah blend tadi. Kacau sampai pecah minyak. Kalau agak2 kering sangat tambah la air.
  5. 5. Masukkan sos cili dalam 6-7 sudu besar gitu. Sos tiram dalam sesudu besar. Sos tomato dalam dua sudu besar. Gula dalam setengah sudu besar.
  6. 6. Pecahkan telur masin. Masukkan dalam kuali. Terus gaulkan dengan sambal. Pastu rasa. Agak2 dah masin tak payah tambah garam. Agak2 kurang masin boleh la tambah garam.
  7. 7. Bila dah puas hati boleh la tuangkan sambal tadi dalam periuk yang berisi ketam. Hidupkan api dapur. Gaulkan kejap ketam dengan sambal. Pastu tutup periuk bagi ketam tu masak kat dalam. Sesekali bukak tutup periuk kacau2 kan ketam tu. Ketam dah masak, tutup api dan hidangkan.

Leave a comment