sup dumpling

Bestnya cuaca sejuk selepas hujan dapat makan sesuatu yang bersup seperti Sup Dumpling, sesuai sangat untuk menghangatkan badan. Tapi kalau makan kat kedai harganya boleh tahan juga.

Apa kata jom buat sendiri Sup Dumpling kat rumah. Yang penting kalau buat sendiri dijamin bersih dan halal. Modalnya juga hanya RM10, boleh dapat dalam 40 biji sekali buat.

Resipi Sup Dumpling

Bahan inti dumpling:

  • Isi ayam 300g (fillet dicincang)
  • Carrot (setengah batang sagat)
  • Bawang besar (1 biji cincang halus)
  • Bawang putih (4 ulas cincang halus)
  • Daun sup & Daun bawang (potong halus)
  • Serbuk lada sulah (2 sudu)
  • Minyak bijan (3 sudu)
  • Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
  • Garam & gula (1 sudu kecil)
  • Dumpling pastry (Instant)

sup dumpling

Cara-cara buat inti:

1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.

2. Gaul sebati dan perap sekejap selama 10 minit.

3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti. Boleh cuba google @ tengok youtube cara lipat dumpling.

sup dumpling

4. Susun dumpling kat atas pinggan, letak dalam pengukus. Kukus dumpling selama 10 minit.

4. Bila dah siap kukus, boleh makan dengan sos kicap atau goreng dumpling.

Bahan-bahan sup dumpling:

  • Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
  • Halia (1 inci ketuk & cincang)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada sulah sikit
  • Kiub ayam maggi (half of cube)
  • Garam & gula

Cara-cara buat sup dumpling:

1. Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.

2. Letak 1 mangkuk air dalam periuk. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.

3. Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.

4. Kemudian tabur sikit daun bawang.

5. Akhir sekali, buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.

sup dumpling

Jumlah kos bahan:

  • Fillet ayam 500g – RM5.20
  • Dumpling pastry – RM1.80
  • Carrot 6 batang – RM1.00
  • Daun sup & Daun bawang – RM1.00
  • Bahan yang lain dah sedia ada kat rumah

Total = RM9.00

Kredit: Wany Lifa