Kerabu Perut Daun Kesum

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Perut Daun Kesum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 g perut lembu 
  • 1 inci halia (dihiris) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 urat kacang panjang 
  • 1 batang serai 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji cili merah 
  • 1 sudu teh belacan 
    (Serai, cili api, cili merah & belacan dikisar bersama)
  • ½ cawan santan pekat 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar  (Dihiris)
  • ½ batang lobak merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • ½ sudu teh gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan perut dengan halia, asam gelugur, dan sedikit garam sehingga lembut. Hiris kecil. 
  2. Hiriskan kacang panjang. 
  3. Masukkan perut, kacang panjang, dan semua bahan lain ke dalam mangkuk besar. 
  4. Kacau rata sehingga semuanya sebati. Hidangkan.

Leave a comment