Kerabu Halia Muda

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Halia Muda?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan minyak masak 
  • ½ cawan ikan bilis (dibelah 2) 
  • 4 inci halia muda 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong kecil) 
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar kasar) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. 1 Panaskan minyak masak. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Tuskan.
  2. Buangkan kulit halia muda dan hiris halus. 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
  4. Sedia untuk dihidangkan

Leave a comment