Kek Lapis Sempoi

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Tercipta sendiri secara tidak sengaja.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan tepung Hong Kong/tepung naik sendiri
  • 1 cawan mentega
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 5 sudu susu manis
  • Buah prun (dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Pukul kembang.
  4. Masukkan susu, serbuk penaik, tepung dan gaul sebati.
  5. Lapik loyang dengan kertas.
  6. Masukkan 3 sudu makan adunan ke dalam loyang dan bakar guna api atas dan bawah.
  7. Bakar sampai permukaan atas perang.
  8. Ulangi proses ini lagi sampai 3 lapis - bakar guna api atas.
  9. Untuk lapis ke-4, masukkan 3 sudu makan adunan dalam loyang.
  10. Tabur buah prun dan bakar guna api atas.
  11. Ulangi proses sama.

Leave a comment