Kek Batik Oreo

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang
Tags:

Pernah cuba kek batik versi Oreo? 'Perfect' untuk peminat coklat!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan Milo 
  • 3 sudu besar serbuk koko 
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat 
  • lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dengan api kecil, cairkan mentega 
  2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati 
  3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan 
  4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul 
  5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin 
  6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan 
  7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan 
  8. Hias dengan kepingan Oreo 
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman 
  10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Leave a comment