ikan gelama bekok

Ikan gelama bekok merupakan salah satu makanan tradisi bagi masyarakat tempatan di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Kini, ia sudah makin dikenali ramai di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ia dihasilkan daripada pelbagai jenis ikan, namun permintaan paling tinggi ialah ikan bekok gelama, ikan bekok cencaru dan ikan bekok kerisi. Dengan kata lain, ikan bekok bukanlah sejenis atau spesis ikan, tetapi ikan yang telah diproses.

Ia juga diproses dalam dua fasa iaitu proses rendaman dengan air garam dan proses pengeringan. Ikan bekok yang sudah siap dikeringkan boleh terus dimasak atau disimpan dalam peti sejuk beku dan boleh digoreng pada bila-bila masa.

Ikan bekok ialah separa kering. Namun ciri-ciri utama ikan bekok ialah ia tidak kering sepenuhnya seperti ikan kering. Keadaan isi ikan yang masih ‘moist’ dan mengandungi air itu dinamakan ‘bekok’ dalam istilah dialek Kelantan atau ‘bengkak’ dalam istilah bahasa buku.

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap, Bau Memang Terangkat Sebab Letak 2 Bahan Ini

IKAN GELAMA BEKOK HOMEMADE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan gelama segar
  • Garam
  • Cuka
  • Air

Cara-cara:

1. Cuci bersih ikan gelama segar. Kemudian rendam di dalam air garam serta sedikit cuka. Biarkan semalaman di dalam peti ais.

2. Selepas semalaman, jemur kedua-dua belah ikan gelama di bawah matahari untuk keringkan airnya.

3. Jika matahari betul-betul panas terik, jemur sehari pun sudah cukup.

ikan gelama bekok

4. Apabila sudah siap dijemur, goreng ikan sehingga garing. Campurkan juga dengan bawang merah dan cili besar yang digoreng asing. Perahkan juga asam limau ke atas ikan.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ikan gelama bekok

Kredit resipi dan gambar: Sobriah Sidi Ahmad

Baca juga: Cara Buat Ikan Goreng Pedas Sedap Macam Orang Tua Kita Masak, Kena Ikut Tips Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN