Kari Ikan Daun Kesum

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Ikan Daun Kesum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ikan tenggiri (dipotong 4 dan basuh) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 3 sudu makan rempah kari ikan (Dibancuh)
  • 2 sudu makan air asam jawa (Dibancuh)
  • 1 cawan santan 
  • 1 cawan air 
  • 8 tangkai daun kesum
  •  Garam secukup rasa 
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 8 biji bendi

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dihiris sehingga layu. 
  2. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan santan, air, daun kesum, dan garam. Masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan ikan, bawang besar, tomato, dan bendi. 
  5. Masak sehingga mendidih dan pecah minyak lagi. Hidangkan.

Leave a comment