Ikan Masak Taucu

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Masak Taucu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan bawal 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ cawan taucu 
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 1 batang timun kecil (Dipotong kecil) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 sudu teh kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan gaul dengan garam dan kunyit. 
  2. Goreng sehingga garing kemudian ketepikan.  
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan 
    bawang putih sehingga wangi.  
  4. Masukkan taucu, air asam jawa, dan gula. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan timun, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Kacau 
    rata. 
  6. Biarkan pekat sedikit, kemudian tuangkan di atas ikan tadi. 
  7. Hidangkan bersama nasi putih.

Leave a comment