Chocolate Balls

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kegemaran anak. Buat comel-comel...(kalau di kedai kek saiznya agak besar).


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250gm kek coklat-hancurkan
  • 1/4 cawan kacang hazel/walnut kisar
  • 1 sudu besar madu/'golden syrup'
  • 1 sudu besar jus oren
  • 80gm mentega -suhu bilik
  • 1 sudu besar jem beri hitam ('blackberry')
  • 50gm blok coklat - parut
  • 1/2 cawan coklat urai

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campur mentega dan jem dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair. Ketepikan.
  2. Campurkan kek, walnut/kacang hazel, 'golden syrup' dan jus oren. Gaul. Masukkan campuran mentega tadi. Kacau perlahan hingga sebati sambil memasukkan coklat parut. Kacau sebati.
  3. Buat bentuk bulat sebesar yang diingini dan golekkan atas coklat urai tadi. Masuk dalam cawan kertas. Masukkan dalam peti ais.

Leave a comment