Biskut Sarang Semut

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

first time buat biskut ni..... :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum ] di ayak
  • 100 gm tepung jagung ] di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Hiasan :
  • Sedikit coklat rice
  • paper-cup kecil

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul kembang butter dan gula.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
  5. Taburkan coklat rice.
  6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 – 20 minit)
  7. Sejukkan dulu dan simpan dalam bekas kedap udara.

Leave a comment