Ayam Bakar Lada Hitam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Bakar Lada Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (Dipotong 4) 
  • 2 sudu makan lada hitam 
  • 5 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit 
  • 3 batang serai 
    (Semua lada hitam, cili api, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, batang serai dikisar bersama)
  • 2 cawan santan (1 biji kelapa) 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam dan tuskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. 
  3. Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam loyang. Tinggalkan kuahnya. 
  4. Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur. 
  5. Masakkan kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat. 
  6. Apabila ayam sudah garing, tuangkan kuah di atas ayam. Angkat 
    dan sedia dihidangkan.

Leave a comment