rendang tahan lama

Nak Rendang Tahan Lama? Ikut 7 Tip Ini Supaya Tak Cepat Basi Dan Rosak.

Dah masuk musim raya ini, juadah seperti rendang dan lemang memang antara menu wajib untuk disajikan.

Kalau buat rendang memang kena masak untuk dihidangkan pada tetamu yang datang.

Baca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!

Tapi selalunya rendang yang dimasak akan cepat basi walaupun sudah dipanaskan berulang kali. Memang rugi kalau masak banyak-banyak tapi tetap tak tahan lama.

Jom ikuti 7 tip dari Public Health Malaysia (PHM) ini yang berkongsi cara menyimpan rendang yang dimasak ketika perayaan ini supaya tahan lama dan tidak cepat basi.


TIP RENDANG TAHAN LAMA DAN TAK ROSAK

rendang tahan lama

1. Masak kering-kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah sumber pertumbuhan bakteria.

2. Selepas masak kering, masukkan di dalam bekas yang kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.

3. Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk dari bekas tersebut.

4. Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimun selama 4 jam. Selepas dari temph tersebut, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.

5. Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti ais, defrost semula dalam microwave atau suhu bilik sebelum dipanaskan semula.

6. Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti beku.

7. Jika simpan di peti sejuk, rendang tahan tiga hari. Jika simpan di peti beku, rendang akan tahan 3 bulan.


Mudah-mudahan dengan beberapa tip dan petua yang dikongsikan di atas, rendang yang anda sediakan di rumah dapat bertahan lebih lama.

Selamat mencuba dan selamat hari raya!

Baca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN