Kuih Kapit / Kuih Sepit / Love Letters

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kuih tradisi masyarakat Cina yg digemari oleh semua bangsa. Lemak, rangup dan yang penting sedap.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500g Tepung gandum
  • 500g Gula pasir (saya kurangkan gula sbb x suka manis)
  • 3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat)
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh garam - masukkan dlm santan dan kacau
  • Minyak utk goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dengan acuan terendam.
  4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
  5. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.
  7. Acuan kuih kapit bersaiz 4½"
    Open uri20151010 29872 9krx9a

Leave a comment