Fruit Roll Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Boleh ganti dengan apa saja buah-buahan yang bersesuaian.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 60g gula halus
  • 3 sudu besar yogurt biasa
  • 60g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • Esen vanila secukupnya
  • *200ml krim segar
  • *15g gula aising
  • *Esen vanila secukupnya
  • *Buah-buahan secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Persediaan awal: Panaskan oven ke 170C. Alaskan dulang dengan kertas minyak. Sediakan <a href="http://www.myresipi.com/top/detail/542" rel="nofollow">meringue</a>- pukul telur putih dan gula sehingga kembang.
    Open uri20151010 29872 u93nia
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning, esen vanila dan yogurt sehingga sebati.
    Open uri20151010 29872 em2lie
  3. Masukkan adunan no.2 ke dalam 'meringue'. Pukul dengan perlahan-lahan.
    Open uri20151010 29872 14eli1d
  4. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak. Kacau perlahan-lahan dengan spatula.
    Open uri20151010 29872 1offg5r
  5. Tuangkan ke dalam dulang. Ratakan adunan tadi. Bakar selama 12 minit.
    Data
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
    Open uri20151010 29872 yx1frp
  7. Masukkan krim segar, gula aising dan esen vanila. Pukul sehingga jadi krim yang keras. Simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  8. Bila kek dah sejuk, sapukan krim tadi dan letaklah buah. Kemudian gulung. Balutkan kek dengan <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/31" rel="nofollow">cling film</a>. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.
    Open uri20151010 29872 f0jr00

Leave a comment