Kek Marble Trio

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Lembut dan gebu.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/4" rel="nofollow">Ovallate</a>
  • 30 g <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/10" rel="nofollow">Gliserin</a>
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanila
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan mentega. Ketepikan.
    Open uri20151010 29872 13cvge1
  2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
    Open uri20151010 29872 eled9n
  3. Menggunakan kelajuan yang tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
    Open uri20151010 29872 1drs0e1
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
    Open uri20151010 29872 1xx4848
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dengan coklat emulco, satu lagi dengan strawberi emulco dan satu yang adunan kosong dicampur dengan esen vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing-masing).
    Open uri20151010 29872 7nqkmc
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang-seli hingga habis.
    Open uri20151010 29872 y641s6
  7. Bila sudah siap. Ambil penyepit ('chopstick') atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. Jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
    Open uri20151010 29872 1ye1xdx
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing-masing. Jika selepas 45 minit dan apabila dicucuk dengan lidi satu di bahagian tengah-tengah kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Leave a comment