Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)
Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang
Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.
Bahan-bahan diperlukan:
- 2 sudu mentega
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- Sebiji bawang besar (potong dadu)
- Sebiji tomato (potong dadu)
- Seketul kiub ayam Knors
- 2 cawan air
- Sedikit kicap pekat
- Sedikit sos cili/sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
- Tepung jagung (jika perlu)
Cara menyediakan dan memasak:
-
Cairkan mentega dengan api kecil.
-
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
-
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
-
Masukkan kiub ayam dan kacau.
-
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
-
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
-
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
-
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
-
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
-
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
-
Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap..
Leave a comment