Kek Lapis Masam Manis

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

kek lapis yg senang dibuat, dan tak terlalu banyak pakai telur


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie yg dikisar dan diayak)
  • 3/4 cawan gula halus (gula castor / gula pasir yg dah di'blend')
  • 1 cawan butter - suhu bilik (saya guna buttercup)
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • sedikit esen vanilla, pewarna (ikut suka), asam hawflakes

Cara menyediakan dan memasak:

  1. pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan
  2. masukkan telur satu-persatu
  3. masukkan tepung diselang seli dengan susu, pukul sebati
  4. tambah esen vanilla, gaul rata
  5. asingkan adunan beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang dipakai)
  6. masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam loyang yang dah disapu dgn butter dan kukus lapisan pertama (lebih kurang 5 minit or less. kalau tak melekat di jari, maknanye dah masak dah tu)
  7. susun asam hawflakes di atas lapisan pertama tadi, dan lapiskan dgn 2-3 sudu adunan yg berlainan warna
  8. ulang langkah 6 & 7 sehingga adunan habis (kalau rajin boleh lapis nipis2, masa utk kukus selapis-selapis jadi lebih singkat. kalau malas, buat jer besor-besor..hhee)

Leave a comment