Tempoyak Udang Goreng

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Pantang jumpa dgn nasik panas2..udang leh jugak dgantikan dgn ikan bilis


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 mangkuk kecil udang yg dbuang kulitnya (kat gamba tu sy guna udg galah yg dpotong kecil)
  • 6 sudu mkn tempoyak(leh tmbh ikut citarasa)
  • 1 labu bwg besar - di potong ikut suka
  • 2 ulas bwg merah dan 1 ulas bwg putih - dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah,10 tangkai cili padi-hiris kecil
  • Minyak masak utk menumis,garam dan perasa secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak..tumis bhn2 yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Bubuh garam dan perasa secukup rasa.
  2. Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-jangan masak terlalu lama,nanti udang keras pula
  3. Akhir sekali,masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna.Tutup api dan sedia dihidangkan.. SELAMAT MENCUBA! :)

Leave a comment