Wat Tan Hor

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Chineese food... simple n easy....


Bahan-bahan diperlukan:

  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam
  • * UTK KUAH *
  • 6 ekor udang
  • beberapa hirisan daging
  • 1 biji baby jagung
  • 3 helai sawi
  • sedikit lobak merah
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 hirisan halia dihiris halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 500 ml air / lebih kurang 3 cwn
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
  • 1 biji telur

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Utk mee. Tumis bwg putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
  2. Utk kuah. Tumis bwg putih n halia hingga kekuningan masukkan air. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah. masukkan pula udang, sawi, lobak n jagung. Buh garam sikit.
  3. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

Leave a comment