Ayam Masak Merah Mudah & Ringkas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi my father...sedap makan ngan nasi minyak n pencuk nenas


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
  • rempah tumis - 4 sekawan
  • 3 sudu besar cili kering/ cili boh
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 cawan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • 5 cm halia - dimayang
  • 6-8 ulas bawang putih - dimayang
  • 10 ulas bawang merah - dimayang
  • 4 labu bawang besar - dihiris bulat
  • 1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.
  2. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
  4. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.
  5. Selamat mencuba. Guten apetit !

Leave a comment