Bubur kacang hijau dengan durian

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi mak. Simple dan lazat untuk minum petang.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan kacang hijau (direbus empuk)
  • 10-12 ulas durian
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih (Biasanya saya masukkan dengan bijinya sekali). Siap untuk di hidang.
    Data
  3. Nota: 1) Jangan berhenti kacau mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah @ meruap. 2) Tahap kemanisannya mengikut citarasa sendiri.

Leave a comment