resepi ayam diet

Siapa kata kalau nak diet tak boleh makan sedap? Jom MyResipi kongsikan resepi ayam diet yang sedap dan terbukti berkesan dalam membantu menurunkan berat badan.

Resipi tersebut merupakan perkongsian oleh Nurul Izzah Zalani. Menurutnya, menu ini juga sering diamalkannya sepanjang proses diet.

Ada 6 resipi perapan ayam untuk diet yang boleh anda cuba. Semuanya dijamin sedap-sedap belaka! Jom kita cuba.

Baca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti

6 RESEPI AYAM DIET YANG DIPERAP

1. HOT & SPICY CHICKEN

Bahan-bahan:

  • Serbuk paprika
  • Serbuk cili
  • Lada hitam kasar
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk garam masala
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

2. LEMON HERBS CHICKEN

Bahan-bahan:

  • Mixed herbs
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang merah
  • Jus lemon
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

3. HONEY MUSTARD CHICKEN

Bahan-bahan:

  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk paprika
  • Daun parsley kering
  • Mustard
  • Madu
  • Jus lemon
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

4. RESEPI AYAM DIET – EXPRESS CHICKEN

Bahan-bahan:

  • Kicap cair kurang masin
  • Minyak bijan
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang merah
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

5. CURRY YOGURT CHICKEN

Bahan-bahan:

  • Yogurt asli
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Serbuk bawang putih
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

6. RESEPI AYAM DIET – CORIANDER CHICKEN

resepi ayam diet

Bahan-bahan:

  • Serbuk paprika
  • Jus limau nipis
  • Lada hitam kisar
  • Serbuk bawang putih
  • Daun ketumbar segera
  • Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan semua bahan pada ayam. Simpan ayam yang sudah diperap dalam plastik zip lock.

2. Letak dalam peti ais bahagian beku. Bila nak masak keesokan harinya, waktu malam sebelum tidur tukar dan letak pada bahagian bawah peti ais.

3. Masak atas kuali non-stick atau bakar dalam Air Fryer.

Kredit: Nurul Izzah Zalani

Baca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN