ikan bilis bunga kantan

Jom buat Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis ini. Kalau zaman orang dulu-dulu, sambal ini memang antara penyedap makanan selain dari sambal belacan.

Banyak variasi sambal yang sedap dan lazat untuk dimakan bersama nasi. Resipi ini bukan sahaja menggunakan bunga kantan tetapi ditambah sekali dengan ikan bilis.

Baca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya 

Mesti ramai yang ingat bunga kantan ini hanya dijadikan bahan dalam laksa sahaja. Sedangkan banyak kegunaannya termasuklah sambil yang ingin dikongsikan ini. 

Aroma wangi dari bunga kantan ini yang menjadikan sambal ini unik dan sedap. Pembuatannya pun ringkas dan mudah. Hanya guna 6 bahan saja.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas menerusi laman Facebook dan telah meraih sehingga 766 shares tau. Masih ada lagi penggemar sambal orang dulu-dulu ini.

Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI IKAN BILIS BUNGA KANTAN

ikan bilis bunga kantan

Bahan-bahan: 

  • 12 kuntum bunga kantan – dihiris halus
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • Segenggam ikan bilis – goreng rangup
  • 7 ke 13 cili api – ikut kepedasan masing-masing
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula, goreng dahulu bunga kantan dan ikan bilis. Tos dan ketepikan

2. Kemudian, kisarkan kesemua bawang dan cili.

3. Selepas kisar, tumis bahan tersebut sehingga pecah minyak dan perasakan dengan gula dan garam. Tutup api.

4. Masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati. 

5. Sedia untuk dihidangkan bersama lauk yang lain.


Mudah dan ringkas je kan! Memang sedap kalau dihidangkan bersama dengan nasi panas dan ulam-ulaman. Memang makan bertambahlah jawabnya! 

Orang dulu-dulu memang ini lah lauk harian mereka di kampung, cukup dapat sambal ikan bilis bungan kantan ini, memang dah naik selera setelah penat buat kerja kampung. 

Nak lagi sedap, boleh dihidangkan bersama ayam goreng dan telur masin, memang lagi bangkit selera. Terima kasih kepada Cik Puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas kerana sudi berkongsi resipi ini.

Semoga bermanfaat! 

Baca juga: Cara Buat Siput Sawah Gondang Masak Sambal, Lauk ‘Rare’ Yang Banyak Khasiatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN