Fancy Cookie Bar

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sesuai untuk minum petang dan juga untuk biskut raya


Bahan-bahan diperlukan:

  • 280g tepung gandum
  • 60g serbuk gula (aising)
  • 250g mentega - suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • (Hiasan)
  • Coklat - dicairkan
  • Coklat urai
  • Badam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kacau tepung gandum supaya tak berketul.
    Open uri20151010 29872 9ey7d3
  2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  3. Kemudian masukkan serbuk gula. Pukul lagi sehingga kembang atau nampak putih. Masukkan pula esen vanila.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  5. Masukkan doh ke dalam beg paip ('piping bag'). Paip kan ke atas dulang.
    Open uri20151010 29872 1v89ohf
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Bila dah masak. Sejukkan.
  7. Bentuk 'nozzle' yg digunakan untuk biskut ini seperti gambar di sebelah
    Open uri20151010 29872 10wazpn
  8. Apabila biskut dah sejuk, bolehlah celup dalam coklat cair dan hiaslah ikut suka.

Leave a comment