Ayam Masak Kentang dan Cendawan

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi yang senang, boleh tambah halia jika suka.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500gm ayam, dipotong
  • 3 biji kentang besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu
  • 4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal
  • 1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dengan cendawan
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air
  • 2 tangkai daun ketumbar (jika suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.
  2. Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jangan sampai hanggus.
  3. Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dengan api kecil.
  4. Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk. Dihidangkan bersama daun ketumbar.
  5. Tips: Cendawan disalut tepung jagung/ubi supaya tidak menyerap terlalu banyak garam. Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah nanti.

Leave a comment